MINGGU 13 ( 13 DISEMBER 2014)
Assalamualaikum dan syukur Alhamdulillah kerana minggu ini merupakan minggu ke 13. Hanya tinggal satu minggu sahaja lagi sebelum berakhirnya semester satu bagi sesi 2014/2015 ini. Tugasan kami pada minggu ketiga belas ini ialah Cik Mazalah mengajar kami tentang menggunakan Word Excel. Sememangnya saya mengakui bahawa pengetahuan saya tentang ICT amatlah sederhana dan saya tidak pernah menggunakan Microsoft Word Excel sebelum ini. Namun, saya bersyukur kerana pada minggu ini Cik Mazalah telah menerangkan kepada kami tentang penggunaan Word Excel secara terperinci. Segala ilmu dan tunjuk ajar yang diberikan dalam kursus ini akan saya aplikasikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran apabila saya bergelar guru pada suatu masa nanti.
Sekian Terima Kasih
Sekian Terima Kasih
MINGGU 12 (8 DISEMBER 2014)
Assalamualaikum dan Alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk menulis refleksi pada minggu kedua belas. Pada minggu ini, kami sekumpulan perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh bagi menyiapkan video setelah mengumpulkan segala maklumat yang berkenaan. Video yang dihasilkan oleh kumpulan kami adalah bertajuk "Perisian Asal dan Berlesen". Kumpulan kami telah menghasilkan video dan story board yang telah kami sediakan sebelum ini. Kumpulan kami telah menghasilkan video menggunakan software Pow Toon. Bagi saya untuk menghasilkan video tidaklah begitu sukar. Fokus sangat diperlukan dalam menghasilkan video ini. Kita perlu kreatif bagi menghasilkan video yang menarik dan kemas agar para penonton tertarik untuk melihatnya.
MINGGU 11 (29 NOVEMBER 2014)
Assalamualaikum dan Alhamdulillah kerana saya masih dapat lagi menulis refleksi tentang subjek ini. Pada minggu kesebelas ini, kumpulan kami dikehendaki membina story board dan skrip berdasarkan tajuk yang telah diberikan iaitu "Perisian Asal dan Berlesen". Penghasilan story board amat sukar pada mulanya. Namun, setelah melihat rujukan yang di upload oleh Dr. Fariza di dalam GE1155 komputer dalam pendidikan, ianya sangat mudah sebenarnya. Dengan adanya contoh video tersebut, kumpulan kami dapat menghasilkan satu story board dan skrip yang menarik.
MINGGU 10 (29 NOVEMBER 2014)
Assalamualaikum warahmatullah.
Alhamdulillah dan syukur ke hadrat-NYA kerana saya masih diberi peluang untuk meneruskan pembelajaran dalam kursus ini. Sekarang ini, kita sudah memasuki minggu kesepuluh dan hanya tinggal empat minggu sahaja lagi untuk semester ini.
Pada minggu kesepuluh ini, saya dapat mempelajari satu perkara yang baharu iaitu membina brosur dengan menggunakan Microsoft Publisher. Pada pandangan saya, tugasan ini boleh dikategorikan sebagai sukar untuk kami walaupun ini merupakan sambungan kajian kami pada sebelum ini. Brosur yang perlu saya bina adalah bertajuk “Pengaruh ICT dalam Kalangan Pelajar IPT”.
Tugasan ini sangat menarik bagi saya kerana ini merupakan pengalaman pertama saya dalam menghasilkan brosur menggunakan teknologi maklumat.

MINGGU 9 (21 NOVEMBER 2014)
Assalamualaikum dan alhamdulillah kerana kita memasuki minggu kesembilan sekarang. Pada minggu kesembilan ini, kami sekumpulan dikehendaki untuk mengedarkan maklumat tentang soal selidik yang telah kami hasilkan menggunakan google form ke dalam forum webbly GE1155 dan FACEBOOK bagi mendapatkan lebih ramai responden dalam kalangan pelajar tahun satu sesi 2014/2015 fakulti pendidikan UKM.
Pada pandangan saya dan rakan-rakan, pembinaan google form amat senang dan mudah serta boleh diakses oleh sesiapa sahaja. Dengan mengedarkan soal selidik melalui google form ke dalam forum weebly GE1155 dan FACEBOOK, kami sekumpulan mendapat responden yang ramai dan perkara ini memudahkan kami untuk menganalisis dan meneliti data-data tersebut.

MINGGU 8
Assalamualaikum dan syukur alhamdulillah kerana kita sudah memasuki minggu kelapan bagi semester 1 sesi 2014/2015. Pada minggu kelapan ini, kami sekumpulan diarahkan oleh pensyarah iaitu Cik Mazalah untuk membuat satu tugasan iaitu membina soal selidik di atas talian menggunakan google form. Pengetahuan ini merupakan pengalaman yang pertama bagi diri saya dalam menggunakan google form ini.
Pada awalnya, saya merasakan pembinaan google form ini sangatlah susah. Namun, pembinaan google form ini tidaklah sukar seperti yang kami sangka. Dalam menghasilkan google form ini, kami sekumpulan telah melihat cara-cara untuk membina google form melalui video yang di upload oleh penyelaras kursus GE1155 iaitu Dr. Fariza Khalid. Dengan adanya video yang diberikan, secara tidak langsung memudahkan kami untuk membina borang soal selidik menggunakan google form.
Selain itu, Cik Mazalah turut mengajar kami bagaimana untuk merangka soalan soal selidik serta menyediakan soal selidik di atas talian. Selepas kami berjaya menghasilkan borang soal selidik di atas talian menggunakan google form, kami dikehendaki untuk mengedarkan "link" google form tersebut ke dalam forum weebly GE1155 bagi mendapatkan responden.

MINGGU 7 (1 NOVEMBER 2014)
Assalamualaikum dan syukur ke hadrat Ilahi kerana sekarang kita sudah memasuki minggu 7. Pada minggu ini, kami diberikan satu tugasan yang agak berat sedikit. Tugasan yang diberikan pada kami kali ini ialah kami dikehendaki menjalankan satu penyelidikan. Tajuk penyelidikan yang perlu kami lakukan adalah berkaitan dengan berkaitan dengan “Pengaruh ICT kepada pelajar IPT”. Pensyarah kami iaitu Cik Mazalah telah memberikan penerangan bagaimanakah cara untuk kami melaksanakan proses penyelidikan berdasarkan tajuk kajian, penyataan masalah, objektif, persoalan kajian dan sampel atau responden kajian.
Alhamdulillah dengan pertolongan daripada semua rakan, akhirnya kami dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Kami telah menghantar maklumat tersebut kepada Cik Mazalah dan menyimpan di dalam google drive. Tugasan yang telah dihantar telah disemak oleh beliau dan terdapat sedikit pembetulan yang perlu kami lakukan. Selepas itu, kami dapat menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya.

MINGGU 6 (18 OKTOBER 2014)
Assalamualaikum warahmatullah..
Alhamdulillah kerana saya masih dapat meneruskan pengajian dalam subjek komputer dalam pendidikan. Pada minggu keenam ini, pensyarah saya telah memberikan tugasan berkaitan dengan prinsip CASPER. Cik Mazalah menyuruh kami menghasilkan power point dengan mengaplikasikan teknik-teknik prinsip CASPER di dalam power point kami iaitu dengan memilih teks, grafik dan warna yang sesuai. CASPER merupakan singkatan bagi C= Contrast, A= Alignment, S=Simplycity, P = Promicity, E= Emphasis dan R=Repetition.
Apakah yang dimaksudkan dengan prinsip CASPER? Prinsip CASPER ialah teknik dalam membina persembahan elektronik power point yang meliputi teks, grafik, animasi dan video. Teknik ini ialah salah satu teknik yang sangat penting bagi menghasilkan persembahan yang menarik dan mampu memikat hati penonton. Setelah mengetahui apakah itu prinsip CASPER, saya telah menghasilkan satu power point yang menarik. Power point yang saya hasilkan telah saya persembahkan kepada Cik Mazalah dan mendapat komen yang positif daripada beliau.

MINGGU 5 (6 OKTOBER 2014)
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana kita sudah memasuki minggu 5 dan dapat meneruskan lagi pengajian dalam subjek Komputer dalam Pendidikan. Pada minggu ini, kami telah diberikan tugasan dalam bentuk kumpulan. Dalam pengajaran ini, kami dikehendaki mencabut undi. Ketua kumpulan saya telah mencabut undian dan kami mendapat tugasan no 3. Topik yang kami dapat ialah “Perisian Asal dan Berlesen”.
Pensyarah kami iaitu Cik Maza telah memberikan penerangan dan penjelasan secara terperinci tentang topik yang kami dapat. Setelah mendengar penerangan, kami memulakan pencarian dengan menggunakan enjin carian iaitu google, yahoo dan google scholar bagi mencari jurnal-jurnal yang berkaitan dengan “Perisian Asal dan Berlesen”. Namun, maklumat dan informasi yang kami peroleh kebanyakannya dalam Bahasa Inggeris dan ini menimbulkan kesukaran kepada kami kerana kami kurang memahami Bahasa Inggeris.
Setelah mendapat bahan tentang tugasan ini, kami dikehendaki membaca secara terperinci tentang “Perisian Asal dan Berlesen” ini. Selepas meneliti dan mengkaji kami dikehendaki untuk mencipta sekurang-kurangnya 3 topik soalan perbincangan di dalam forum weebly GE1155 komputer dalam pendidikan. Selepas itu, barulah kami memahami apakah sebenarnya “Perisian Asal dan Berlesen”.

minggu 4 (lms dn cms)
24/09/2014
Assalamualaikum warahmatullah..
Saya amat bersyukur kerana kita sudah berada dalam minggu kedua.
Secara jujur, bidang pembelajaran komputer dalam pendidikan ini telah menambahkan ilmu pengetahuan saya tentang asas-asas penggunaan teknologi maklumat dalam pendidikan. Pada minggu kedua ini, saya telah diajar tentang LMS dan CMS. Pada mulanya, saya tidak mengetahui langsung apakah itu LMS dan CMS. Untuk mengetahui apakah LMS dan CMS, saya telah menggunakan enjin pencarian google bagi saya mendapatkan maklumat dan informasi mengenai kedua-duanya. Setelah itu barulah saya tahu bahawa CMS ialah Content Management System (CMS) adalah program komputer yang membolehkan kita membuat penerbitan, penyuntingan dan mengubah suai kandungan di laman web serta penyelenggaraan yang mudah dilakukan yang disediakan oleh Laman Web CMS. Sistem pengurusan kandungan seperti menyediakan prosedur untuk menguruskan kerja di laman web yang kita bangunkan menggunakan CMS ini. Manakala LMS ialah Sistem Pengurusan Pembelajaran atau lebih dikenali sebagai Learning Management System merupakan sebuah aplikasi pendidikan untuk membantu aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. LMS merupakan aplikasi berasaskan web yang mampu mengurus pembelajaran elektronik, mengesan hasil pembelajaran, integrasi dengan pengurusan sumber manusia dan sumber pembelajaran, pembinaan bahan pengajaran serta bahan yang diterima daripada pelajar dan kemudahan bentuk pengurusan pembelajaran serta pemantapan pembelajaran bestari. Selepas mempelajarinya, barulah saya tahu bahawa kedua-dua sumber ini merupakan sumber penting dalam teknologi ICT terutamanya dalam bidang pendidikan.

minggu 1 hingga 3 (weebly)
18/09/2014
Assalamu'alaikum wbt...
Apa khabar semua? Semoga kalian sentiasa dalam rahmat Allah.
Untuk perkongsian kali ini saya ingin menceritakan tentang pengalaman saya ketika menghadiri kelas pada minggu pertama untuk kos Komputer Dalam Pendidikan. Untuk kumpulan ini, saya telah dilantik sebagai ketua kumpulan oleh pelajar lain dan jawatan ini disahkan sendiri oleh Dr. Mazalah yang merupakan pensyarah saya untuk kos komputer dalam pendidikan. Kelas kami bermula seawal jam 2pm dan berakhir pada pukul 5pm. Alhamdulillah semua pelajar yang hadir bahkan pensyarah kami sendiri dapat hadir dan menepati waktu dengan baik. Pada hari tersebut, pensyarah telah mengajar kami akan cara-cara untuk mencipta akaun GMAIL, WEEBLY.COM, dan DROPBOX.COM, Melalui pembelajaran ini saya memperoleh ilmu baru untuk menggunakan aplikasi komputer dengan baik demi kemudahan saya pada masa hadapan. Untuk menyempurnakan tugasan ini kami dibimbimbing oleh Dr. Mazalah dari satu langkah ke satu langkah. Alhamdulillah, saya dapat memahami setiap arahan yang disampaikan oleh Dr. Mazalah dengan baik. Walaupun begitu, ketika sesi pembelajaran berlangsung masih terdapat beberapa kekeliruan yang dihadapi oleh saya untuk menyempurnakan tugasan. Namun dengan senang hati saya dibantu oleh Dr. Mazalah untuk merungkai kekeliruan tersebut. Di samping itu, saya juga dibantu oleh sahabat baik saya iaitu saudara Syazwan untuk menyelesaikan beberapa masalah yang dihadapi oleh saya. Sehubungan dengan itu, saya berasa sungguh besar hati untuk memberi sebuah penghargaan kepada saudara Syazwan kerana telah bersungguh-sungguh untuk membantu saya.
Seterusnya, untuk diri saya sendiri pula, saya merasakan sungguh bertuah kerana berpeluang untuk mendalami ilmu komputer ini dengan lebih mendalam lagi. Hal ini kerana saya sememangnya seorang yang sangat lemah untuk menggunakan aplikasi komputer dengan baik. Namun atas sokongan dan semangat yang diberikan oleh pensyarah serta rakan sekelas yang lain, saya berazam untuk lebih bersungguh-sungguh dan tekun mendalami ilmu komputer supaya dapat memiliki kemahiran yang baik dalam penggunaan aplikasi komputer. Akhir sekali, saya berasa sungguh bersyukur kepada Allah kerana berjaya menyempurnakan tugasan yang diberikan oleh pensyarah dengan baik. Suka di sini untuk saya menghadiahkan sekalung penghargaan teristimewa buat Dr. Mazalah serta sahabat yang lain kerana sudi membimbing saya untuk terus mendalami ilmu bagi kos Komputer Dalam pendidikan.
Sekian, terima kasih.